Nadi Melugu X Tiny Techies – Bengkel Mahir Tiny Techies (Iot Inovasi)
19 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi bengkel dalam talian bertajuk “Bengkel Mahir Tiny Techies (IoT Inovasi)” telah dijalankan bagi memperkenalkan peserta kepada konsep Internet of Things (IoT) dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Bengkel ini memberi pendedahan mengenai asas teknologi IoT, cara menghubungkan peranti pintar, serta menggalakkan idea dan inovasi kreatif dalam membangunkan projek berasaskan teknologi masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: